Thursday, May 10, 2012

.: Menitik Air Mata :.

Assalamualaikum,

Sentimentel tul lah.... hahaha
Itu ayat suami nora.... kalau dengar ayat 'Menitik Air Mata'  terkekek-kekek dia ketawa....
Makna ayat tu menunjukan perasaan 'yg sangat', sangat suka, sangat sedih, sangat sedap dan macam-macam sangat lah... dapat dari ofis lah tu...

Semenjak dua menjak ni, tempahan dessert kurang, jadi melangut jer kat umah..
gelisah tak tau nak cakap, hati ni asyik teringat tepung kat dapur...
cari punya cari ..... jumpa resepi nih 'BANANA UPSIDE DOWN CAKE'
errrmmm suami nora suka kek pisang... HARUS KU CUBA!!!

Sedappppp sangat kek nih.. lain dari kek pisang yang kita makan, karamel pisang tu rasa masam-masam manis... hehehe nora guna pisang berangan... "menitik air mata" makan kek nih... 

kek spannya gebu dan moist... mesra dalam mulut.... wahhh beria-ia nora mengekspresikan rasa nya.....
Ni bagi nora yer, orang lain nora tak tau la suka atau tak.... 

karamelnya berkilat..... sedappppp masam dan manis.... lapisan pisang di atas jadikan kek ni lain dari kek pisang lain.... 


Pertama skali nora nak ucap ribuan terima kasih kepada KAK WAN dari RESEPICITARASAWAN kerana share resepi yang sedap ni.. serta memberi keizinan untuk nora salin balik resepinya utk di kongsi bersama kawan-kawan.


BANANA UPSIDE DOWN CAKE
Resepi : Resepi Citaraswan

Karamel
100gm gula pasir
6 pisang berangan ranum (di belah 2)

Adunan Kek
160gm tepung gandum
60gm tepung jagung
2 biji pisang di lecek halus
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
3 biji telur (asingkan putih telur)
50ml minyak masak / mentega cair
40ml air
1/4 sudu teh garam
140gm gula kaster
125ml susu cair

Loyang 8"

Cara-cara :
Karamel :
Masukkan gula ke dalam loyang dan cairkan hingga gula perang. Goyangkan karamel kiri dan kanan loyang tanpa mengacaunya sehingga rata. Biarkan sejuk. Kemudian gris tepi loyang dengan mentega atau minyak. Susun hirisan pisang di atasnya rapat-rapat.

Adunan Kek :
Pukul putih telur dan garam hingga kental dan bertanduk. Ketepikan.
Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan baking powder. Ketepikan.
Satukan kuning telur, air dan minyak masak, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan putih. Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair hingga rata dan sebati.
Masukkan pisang lecek, gaul rata. Kemudian kaup balikkan dengan adunan putih telur hingga sebati.
Tuang ke dalam loyang berisi karamel dan bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu selama 45 minit pada suhu 180C.
Keluarkan kek dan terbalikkan ke atas redai.


SELAMAT MENCUBA!!!!! 




No comments:

Post a Comment