Tuesday, May 8, 2012

Mamak dah boleh tutup kedai....

Assalamualaikum...

Alamak!!! tetiba blank.....
Tadi macam banyak sangat nak merapu....
ehhh tak kan hari ni puasa dah hilang ingatan kot.....
ishhh tak baik cakap macam tu.. ganti puasa kan bagus...
mana pulak boleh hilang ingatan... ni mesti laparrr kan... selalu sedap je makannnnn....
yang tengah baca ni dah ganti puasa ke belom????
esok start ganti yer... ( sesuka hati jer nak suruh2 orang... hehehe)

Minggu lepas nora teringin nak buat roti canai....
Resepinya dah lama dalam simpanan....
Niat nak jahit manik tapi anak-anak tak nak tidor....
jadi ambil keputusan untuk buat roti canai frozen..( sempat ke frozzzen nyeee..)
OK..... MAMAK DAH BOLEH TUTUP KEDAI  hehehe dah tak payah beli kat kedai.
leh percaya ker????


tak tebar... tarik-tarik jer... tu pun ader yang koyak-koyak...

roti canai versi empat segi...

ok dah siap.. separuh masak jer ni.. boleh la nak frozen... dapat dalam 17 keping.. sekurang-kurangnye boleh tahan seminggu untuk naufal dan nasuha...

TAHAN SEMINGGU?????? tahan ker??
hehehe nak jadikan citer.. doh ni tak sempat di perap lama...
merengek-rengek naufal nak makan ... nora masakan sekeping jer...
sekeping tu di kongsi dengan nasuha...( ala ciannyeee)
"ibu........ nak roti canai lagi" kata naufal
"bu.... nak agi" nasuha bersuara...
alamak!!! tak sempat perap ni....
buatnya hari sabtu... ahad malam roti canai ni tinggal 2keping jer!!!
ayah nya sempat makan 2 keping sahaja.................
FROZEEEENNN la sangat.... hahaha

Tergerak hati nak kongsi resepi roti canai ni.. sedappp tau.. makan macam tu jer dah sedap..
tapi anak-anak lagi suka makan dengan krim kastart balance buat krimpuf...


RESEPI ROTI CANAI
Sumber :- My Resepi
Penyumbang resepi :- joayee

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
uli hingga jadi doh
rehatkan doh selama 10min
uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
*NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.


SELAMAT MENCUBA!!!!!!!

No comments:

Post a Comment