Tuesday, April 24, 2012

Dari Shuffabeads ke Si Manis Nasuha

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran.... ehhhh mana pegi blog Shuffabeads???? Haaaaa ni nak bagi tahu.., Nora sebenarnya sedang mencari-cari identiti blog nora. kalau shuffabeads hanya cerita pasal aktiviti jahit manik saja jadi tak sesuai nak bercerita tentang masak memasak atau bab posing bunga orkid nora. Fikir punya fikir... nora nak buat satu blog saja yang boleh muatkan semua hobi nora, jadi tak perlu la banyak-banyak blog...

Si Manis Nasuha, adalah nama blog baru Nora... nak tau macam mana nora dapat nama ni??? Nama Nasuha di ambil dari nama puteri nora, Nur Aina Nasuha sempena kelahiran dia yang membawa seribu rahmat.... bukan kata anak lain tak beri rahmat ye... tapi sejak dari mengandungkan Nasuha, bermula la minat nak menjaga orkid, minat nak jahit manik dan bila dia dah besar dan suka makan kuih muih, nora suka pulak buat Dessert. 

'Si Manis' membawa maksud gambar-gambar kenangan manis dari 3 hobi dan anak Nora.. hehehe ibu dia pun manis jugakkk.... hisshh tak manis la puji diri sendiri.....

manis tak saya nih??? nora lambat cukur rambut nasuha. dah 6bulan baru cukur.

lasak betul anak ibu nih

berusia 3 bulan

tu dia Nur Aina Nasuha ... Manis tak?? bulan 5 ni genap la umur nasuha 2 tahun. ermmm tak ada gambar terbaru la...


ok... daaaa enjoy my story.... ya...


No comments:

Post a Comment