Tuesday, June 5, 2012

-:: Variasi Cup Tiramisu ::-

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan-kawan semua....? Saya harap anda semua sihat-sihat hendaknya....
Di bawah ni saya paparkan saiz-saiz kontena untuk kek Tiramisu, Sesiapa yang berminat untuk order dari saya bole la buat rujukan saiz kat sini.....

Saiz S
Minima order 25cups
RM 1.8 / cup
RM 2.20 / Cup -  tambahan coklat ganache


Saiz M
Minima order 12 cups
RM 3.80 / cup
RM 4.60 / cup - Tambahan coklat Ganache


Saiz L
Minima order 2 kontena
RM 18 / kontena
2 kontena @ RM 35
+ RM 10 tambahan coklat ganache

Saiz XL
RM 35 / Kontena
+ RM 10 tambahan coklat ganache



Saiz XXL
RM 45
+ RM 15 - Tambahan coklat ganache


Saya minta maaf kerana saiz XL belum ada gambarnya. Insya'allah bila ada gambarnya saya upload yer...

BERMINAT SILA SMS 012-2429923
*Harga yang di paparkan tidak termasuk kos penghantaran.

Terima Kasih....


-:: Order untuk Bulan May ::-

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah.. ada juga rezeki Nora untuk bulan ni, sikit-sikit pun tak apa, yang penting dapat buat sesuatu yg memberi kepuasan pada orang yang menempah dan pada diri Nora yang suka nak meng'kek' hehehe...

Bulan May yg lepas adalah bulan yang agak sibuk... Nora kena Kursus.. dengan jahitan manik pulak... tempahan manik dah tutup.. nanti tak menang tangan pulak... minggu lepas balik ke kampung suami... terasa kepenatan nya...

Antara order yg sempat snap.....

Terima Kasih Ayu, 200 cups Tiramisu

penuh peti ais Nora dengan Tiramisu, memang minggu buat Tiramisu ni Nora dah reserve ruang dalam peti ais .. tu pun tak muat...

Ini lah rupa apam polkadot Nora yg dot..dot.. nye pudar tapi tetap gebusss...

Terima Kasih Gee, Tiramisu L size

ni bukan tempahan rasmi... kek birthday nasuha yang ke 2, Nora gunakan kek span dan creamcheese topping... nyummyyyy

Terima Kasih Lis, Apam polkadot 100 pcs


Alhamdulillah, Terima Kasih Lis, Lis ni customer tetap Nora... dah macam-macam dia order, kali ni cupcake  Redvelvet 16 pcs dan Tiramisu XXL size, yang dalam bekas kecil dan yang hijau tu Nora Buat lebih... mana la tau kot-kot kat ofis ada yang minat.


ini lah dia rupa Tiramisu XXL Size,
3 layer
1kg ++


Terima Kasih Sara, Apam polkadot 100pcs


Ini saja yang Nora sempat snap... TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA..... (^-^)

Sunday, May 13, 2012

Order lagi...

Jom layan order minggu lepasssss.....

Kek karamel kak yani dan apam polkadot ida


Kek tiramisu order dari Sya


Apam polkadot order dari Datin Gee, dah selamat terbang ke Terengganu.

Thursday, May 10, 2012

.: Menitik Air Mata :.

Assalamualaikum,

Sentimentel tul lah.... hahaha
Itu ayat suami nora.... kalau dengar ayat 'Menitik Air Mata'  terkekek-kekek dia ketawa....
Makna ayat tu menunjukan perasaan 'yg sangat', sangat suka, sangat sedih, sangat sedap dan macam-macam sangat lah... dapat dari ofis lah tu...

Semenjak dua menjak ni, tempahan dessert kurang, jadi melangut jer kat umah..
gelisah tak tau nak cakap, hati ni asyik teringat tepung kat dapur...
cari punya cari ..... jumpa resepi nih 'BANANA UPSIDE DOWN CAKE'
errrmmm suami nora suka kek pisang... HARUS KU CUBA!!!

Sedappppp sangat kek nih.. lain dari kek pisang yang kita makan, karamel pisang tu rasa masam-masam manis... hehehe nora guna pisang berangan... "menitik air mata" makan kek nih... 

kek spannya gebu dan moist... mesra dalam mulut.... wahhh beria-ia nora mengekspresikan rasa nya.....
Ni bagi nora yer, orang lain nora tak tau la suka atau tak.... 

karamelnya berkilat..... sedappppp masam dan manis.... lapisan pisang di atas jadikan kek ni lain dari kek pisang lain.... 


Pertama skali nora nak ucap ribuan terima kasih kepada KAK WAN dari RESEPICITARASAWAN kerana share resepi yang sedap ni.. serta memberi keizinan untuk nora salin balik resepinya utk di kongsi bersama kawan-kawan.


BANANA UPSIDE DOWN CAKE
Resepi : Resepi Citaraswan

Karamel
100gm gula pasir
6 pisang berangan ranum (di belah 2)

Adunan Kek
160gm tepung gandum
60gm tepung jagung
2 biji pisang di lecek halus
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
3 biji telur (asingkan putih telur)
50ml minyak masak / mentega cair
40ml air
1/4 sudu teh garam
140gm gula kaster
125ml susu cair

Loyang 8"

Cara-cara :
Karamel :
Masukkan gula ke dalam loyang dan cairkan hingga gula perang. Goyangkan karamel kiri dan kanan loyang tanpa mengacaunya sehingga rata. Biarkan sejuk. Kemudian gris tepi loyang dengan mentega atau minyak. Susun hirisan pisang di atasnya rapat-rapat.

Adunan Kek :
Pukul putih telur dan garam hingga kental dan bertanduk. Ketepikan.
Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan baking powder. Ketepikan.
Satukan kuning telur, air dan minyak masak, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan putih. Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair hingga rata dan sebati.
Masukkan pisang lecek, gaul rata. Kemudian kaup balikkan dengan adunan putih telur hingga sebati.
Tuang ke dalam loyang berisi karamel dan bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu selama 45 minit pada suhu 180C.
Keluarkan kek dan terbalikkan ke atas redai.


SELAMAT MENCUBA!!!!! 




Tuesday, May 8, 2012

Mamak dah boleh tutup kedai....

Assalamualaikum...

Alamak!!! tetiba blank.....
Tadi macam banyak sangat nak merapu....
ehhh tak kan hari ni puasa dah hilang ingatan kot.....
ishhh tak baik cakap macam tu.. ganti puasa kan bagus...
mana pulak boleh hilang ingatan... ni mesti laparrr kan... selalu sedap je makannnnn....
yang tengah baca ni dah ganti puasa ke belom????
esok start ganti yer... ( sesuka hati jer nak suruh2 orang... hehehe)

Minggu lepas nora teringin nak buat roti canai....
Resepinya dah lama dalam simpanan....
Niat nak jahit manik tapi anak-anak tak nak tidor....
jadi ambil keputusan untuk buat roti canai frozen..( sempat ke frozzzen nyeee..)
OK..... MAMAK DAH BOLEH TUTUP KEDAI  hehehe dah tak payah beli kat kedai.
leh percaya ker????


tak tebar... tarik-tarik jer... tu pun ader yang koyak-koyak...

roti canai versi empat segi...

ok dah siap.. separuh masak jer ni.. boleh la nak frozen... dapat dalam 17 keping.. sekurang-kurangnye boleh tahan seminggu untuk naufal dan nasuha...

TAHAN SEMINGGU?????? tahan ker??
hehehe nak jadikan citer.. doh ni tak sempat di perap lama...
merengek-rengek naufal nak makan ... nora masakan sekeping jer...
sekeping tu di kongsi dengan nasuha...( ala ciannyeee)
"ibu........ nak roti canai lagi" kata naufal
"bu.... nak agi" nasuha bersuara...
alamak!!! tak sempat perap ni....
buatnya hari sabtu... ahad malam roti canai ni tinggal 2keping jer!!!
ayah nya sempat makan 2 keping sahaja.................
FROZEEEENNN la sangat.... hahaha

Tergerak hati nak kongsi resepi roti canai ni.. sedappp tau.. makan macam tu jer dah sedap..
tapi anak-anak lagi suka makan dengan krim kastart balance buat krimpuf...


RESEPI ROTI CANAI
Sumber :- My Resepi
Penyumbang resepi :- joayee

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
uli hingga jadi doh
rehatkan doh selama 10min
uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
*NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.


SELAMAT MENCUBA!!!!!!!

Monday, May 7, 2012

.:: Fresh From Oven ::.

Assalamualaikum...

Agak terlewat nora nak ucap selamat hari pekerja, tapi tak apa lah ucap untuk diri sendiri....
1 Mei hari tu nora nak cuba resepi lama yang baru nak cuba
orang dah muak makan nora baru nak cuba...
Huhuhu. . . bukan ketinggalan yer,
Asalnya dulu pernah makan. . . tapi kena yang tak berapa nak masuk dengan selera pulak buatanya..
Tapi semenjak dua ni nampak kat blog orang duk tayang itu jer..
Rasa terpanggil nak cuba.. untuk comfirmkan rasa nya saya beli 3 ketul. . .
ERRMMM SEDAP PULAK CREAM PUFF ni.... (hehehe cream puff jer..)
Terus cari resepi, kerah anak sedara datang rumah ( motif. . . boleh tolong2 apa yang patut.)
Alhamdulillah... sedap dan elok kejadiannya... yang ni memang fresh from oven... yummy


Anak sedara nora nak bawa balik, ole-ole untuk mak dan ayah katanya... 

Lepas buat Cream puff nora cuba pulak resepi PAVLOVA... sedap juga tapi agak manis...
next time kena kurangkan gula la, 

Tapi kenapa yer pavlova nora mendap??? tengok la crust dia pecah-pecah...
Walau macam mana pun nasuha dan naufal suka kan crustnya.. habis togel pavlova nora...

Terima Kasih yer Lina dan Miza, sebab tolong maksu
love u alll (^-^)

.:: Kek Pertama Ku ::.

Assalamualaikum,

Ermmm lapar la pulak petang-petang macam ni... tak tau nak makan aper...
Hari ni Nora tak buat tiramisu.. jadi tak ader la makanan kat peti ais tu.... kalau tak dah tentu nora kebas....
Ehhhh nora nih asyik fikir makan jer... berat dah makin bertambah dek gara-gara Tiramisu dan kek karamel..
masih nak cari makanan.. macam ni la kalau perut dah di manja dengan makanan sedap-sedap... 
OK...OK.. STOP-STOP-STOP!!!!! lupe kan jap laparrrrr ni bukan lapar tapi nafsu... tadi dah ngap nasi sepinggan beli kat kantin.....(hehehe... haaa nko..... kaberr line la sgt...)

Nora bukan nak cerita pasal perut yg lapar ni...
Tapi nak cerita pasal Kek Pertama Ku.....
Sesuai la kan dengan tajuk....
Citer tadi dah keluar tajuk...( kalau cikgu BM cek comfirm kena punya....hehehe)
17 April hari tu genap la umur suami nora  xx tahun... hehehe biarlah rahsia...
Konon-konon sempena hari lahir dia, nora nak buat suprise dan nak cabar kebolehan diri la... konon!!
Plan nya dekat 2 minggu. pada hari yang di nanti, nora ambil cuti sebab nak buat kek.... perghhhhh terharu tak ???? kih..kih..kih...

Nora idamkan kek yg flat jer atasnya bila siap di masak... Alhamdulillah.. dengan tidak menderhaka terhadap resepi akhirnya nora berjaya buat kek yang flat jerrr permukaan nya. hehehe sebelum ni asyik membukit jerrrr kek yang nora buat.. bukan setakat membukit.. merekah-rekah macam gempa bumi... kih..kih..kih... (amboiiii sakan gelak kan diri sendiri yer...) gara-gara tak sabar dengan proses kukus atau bakar yang makan masa yang lama.......


Cantek tak Kek buatan nora.... puji la... pleaseeee..pleaseee... !!!! hehehe poyo nye nora minta di puji.. Alhamdulillah.. En.Abg sangat ter'suprise'. Ini jer temampu Sayang buat Abang...(Auwwww romantisnya ayat....)

Hidangan minum petang yang simple, sambutannya sangat sederhana bersama 2 anak nora, naufal dan aina.. dan mereka inilah yang paling excited nak potong kek..
Aikkkkk......!!! ni bezday sape??? konon ibu marah sambil cekak pinggang.... hehehe marah la sangat.. act jer depan en.Abg ... hehehe yang penting petang tu en.abg tesenyum lebarrrr....

YA ALLAH... YA TUHAN KU.. KAU BERI LAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUK SUAMIKU... KAU BERIKAN LAH SUAMI KU REZEKI YANG HALAL... KAU BERKATI LAH DIA... KAU KEKALKAN LAH JODOH KAMI HINGGA KE AKHIR HAYAT... AMIN YA RABBAL'ALAMIN.....