Monday, May 7, 2012

.:: Fresh From Oven ::.

Assalamualaikum...

Agak terlewat nora nak ucap selamat hari pekerja, tapi tak apa lah ucap untuk diri sendiri....
1 Mei hari tu nora nak cuba resepi lama yang baru nak cuba
orang dah muak makan nora baru nak cuba...
Huhuhu. . . bukan ketinggalan yer,
Asalnya dulu pernah makan. . . tapi kena yang tak berapa nak masuk dengan selera pulak buatanya..
Tapi semenjak dua ni nampak kat blog orang duk tayang itu jer..
Rasa terpanggil nak cuba.. untuk comfirmkan rasa nya saya beli 3 ketul. . .
ERRMMM SEDAP PULAK CREAM PUFF ni.... (hehehe cream puff jer..)
Terus cari resepi, kerah anak sedara datang rumah ( motif. . . boleh tolong2 apa yang patut.)
Alhamdulillah... sedap dan elok kejadiannya... yang ni memang fresh from oven... yummy


Anak sedara nora nak bawa balik, ole-ole untuk mak dan ayah katanya... 

Lepas buat Cream puff nora cuba pulak resepi PAVLOVA... sedap juga tapi agak manis...
next time kena kurangkan gula la, 

Tapi kenapa yer pavlova nora mendap??? tengok la crust dia pecah-pecah...
Walau macam mana pun nasuha dan naufal suka kan crustnya.. habis togel pavlova nora...

Terima Kasih yer Lina dan Miza, sebab tolong maksu
love u alll (^-^)

.:: Kek Pertama Ku ::.

Assalamualaikum,

Ermmm lapar la pulak petang-petang macam ni... tak tau nak makan aper...
Hari ni Nora tak buat tiramisu.. jadi tak ader la makanan kat peti ais tu.... kalau tak dah tentu nora kebas....
Ehhhh nora nih asyik fikir makan jer... berat dah makin bertambah dek gara-gara Tiramisu dan kek karamel..
masih nak cari makanan.. macam ni la kalau perut dah di manja dengan makanan sedap-sedap... 
OK...OK.. STOP-STOP-STOP!!!!! lupe kan jap laparrrrr ni bukan lapar tapi nafsu... tadi dah ngap nasi sepinggan beli kat kantin.....(hehehe... haaa nko..... kaberr line la sgt...)

Nora bukan nak cerita pasal perut yg lapar ni...
Tapi nak cerita pasal Kek Pertama Ku.....
Sesuai la kan dengan tajuk....
Citer tadi dah keluar tajuk...( kalau cikgu BM cek comfirm kena punya....hehehe)
17 April hari tu genap la umur suami nora  xx tahun... hehehe biarlah rahsia...
Konon-konon sempena hari lahir dia, nora nak buat suprise dan nak cabar kebolehan diri la... konon!!
Plan nya dekat 2 minggu. pada hari yang di nanti, nora ambil cuti sebab nak buat kek.... perghhhhh terharu tak ???? kih..kih..kih...

Nora idamkan kek yg flat jer atasnya bila siap di masak... Alhamdulillah.. dengan tidak menderhaka terhadap resepi akhirnya nora berjaya buat kek yang flat jerrr permukaan nya. hehehe sebelum ni asyik membukit jerrrr kek yang nora buat.. bukan setakat membukit.. merekah-rekah macam gempa bumi... kih..kih..kih... (amboiiii sakan gelak kan diri sendiri yer...) gara-gara tak sabar dengan proses kukus atau bakar yang makan masa yang lama.......


Cantek tak Kek buatan nora.... puji la... pleaseeee..pleaseee... !!!! hehehe poyo nye nora minta di puji.. Alhamdulillah.. En.Abg sangat ter'suprise'. Ini jer temampu Sayang buat Abang...(Auwwww romantisnya ayat....)

Hidangan minum petang yang simple, sambutannya sangat sederhana bersama 2 anak nora, naufal dan aina.. dan mereka inilah yang paling excited nak potong kek..
Aikkkkk......!!! ni bezday sape??? konon ibu marah sambil cekak pinggang.... hehehe marah la sangat.. act jer depan en.Abg ... hehehe yang penting petang tu en.abg tesenyum lebarrrr....

YA ALLAH... YA TUHAN KU.. KAU BERI LAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUK SUAMIKU... KAU BERIKAN LAH SUAMI KU REZEKI YANG HALAL... KAU BERKATI LAH DIA... KAU KEKALKAN LAH JODOH KAMI HINGGA KE AKHIR HAYAT... AMIN YA RABBAL'ALAMIN.....

Tuesday, May 1, 2012

::. SEDAPPNYEEEE KEK KARAMEL .::


Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni sihat seadanya... harap kawan-kawan semua pun di kurniakan kesihatan yang baik.... kalau ada yang demam tu banyak-banyak la minum air masak atau kata nama lain air putih tapi kalau orang jawa panggil air jarang. Walau apa pun nama dia khasiatnya tidak boleh di nafikan. Kat ofis Nora akan minum air masak sehari 1500ml... banyakan..(orang suruh minum 8 gelas.. dia minum lebih la pulak..("o)
Ehhhh panjangh pulak cerita pasal air.. oklah memang susah pun kalau tak ada air... Nora nak cerita pasal kek idaman ku selalu... KEK KARAMEL, tapi nora tak boleh makan selalu.. nanti makin bambam badan ku yang sedia tembam... bila dibayangkan kesedapannya.. ya ammpunnnn..... tak boleh tahan... mahu 1 loyang nora habiskan..(buruknye perangaiii.. hehehe.. ) tapi bukan sekali hadap la... hehehe nak cover malu nih.... kadang-kadang anak nora suka kek ni... tapi tak tau angin apa yang datang boleh jadi tak suka pulak...
Kek ni banyak juga dapat tempahan. Masa tengah femes, sehari nora cuma boleh buat maksima 2kg saja, oven tak muat la... hehehe nak upgrade oven tabungan belum penuh. nak minta suami nora belikan rasa tak sampai hati...(ewahhh tak sampai hati la konon.... ) bukan apa, dia baru belikan standmixer... terima kasih abangggg.. hehehe





Yang ni kek karamel yang di tempah kawan-kawan nora,  0.5kg nora jual RM 18 sebiji, 1kg nora jual RM35 saja.. 
Terima Kasih pada kawan-kawan yang sudi menempah. Dah banyak kali Nora buat. tapi perangai xsuka amik gambar... jadi ni lah gambar yang ader.... 

Harga utk tempahan

1/2 kg - RM 18
1 kg - RM 35

Untuk kek Karamel, saya hanya ambil tempahan sekitar Bandar Mahkota Cheras, Balakong, Kajang, Bandar Baru Bangi, Serdang dan Bangsar sahaja. Caj penghantaran akan di kenakan sebanyak RM 5 kecuali sekitar Bandar Mahkota Cheras. 

Berminat sila hubungi 012-2429923


Thursday, April 26, 2012

::. Order Sepanjang Minggu ni .::

Assalamualaikum....,

Semoga pagi Jumaat yang cerah ini membawa seribu rahmat pada kawan-kawan semua... pagi ni mood Nora tak berapa elok. Maklum la keletihan menguruskan anak dek kerana En. abg bekerja di luar kawasan..( Outstation la tuu.. hehehe) dgn tempahan yang agak banyak minggu ni.

Mini kek coklat moist ni saya buat untuk hari sukan anak sulung, Naufal. Walaupun kecik tapi tetap moist...

Goodies untuk sukan naufal juga.

Apam polkadot ni Bariah, kawan sekolah tadika Nora yang order.. perrgghh kawan lama tu. memang lama pun tak jumpa. tup..tup dia tengok FB terus order. Terima Kasih yer Bariah. Tiramisu tu untuk jual kat ofis.

Apam polkadot 50pcs x 4 tray, semua skali 200pcs.

Apam Polkadot 100pcs dan 50pcs, Tiramisu size M 5cups, order dari Kak zah dan Lea, Terima Kasih ye.

100pcs dalam 1 tray

Harap kawan-kawan suka dengan hasil kerja Nora dan rasa nya skali. Apam polkadot ni ader perisa dan inti sekali

Pink -  perisa strawberry + inti strawberry
oren - perisa oren + inti Strawberry..( hehehe oren filling xder)
Biru - perisa pandan + inti kaya 
Hijau - perisa pandan + ini kaya.

Akan datang pilihan inti akan di tambah dengan peanut butter, nutella, coklat filling. Tapi harga pun jadi lain pulak yer. Inti yang di nyatakan ni dibuat atas request customer saja yer. 

Terima Kasih.

Tuesday, April 24, 2012

Dari Shuffabeads ke Si Manis Nasuha

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran.... ehhhh mana pegi blog Shuffabeads???? Haaaaa ni nak bagi tahu.., Nora sebenarnya sedang mencari-cari identiti blog nora. kalau shuffabeads hanya cerita pasal aktiviti jahit manik saja jadi tak sesuai nak bercerita tentang masak memasak atau bab posing bunga orkid nora. Fikir punya fikir... nora nak buat satu blog saja yang boleh muatkan semua hobi nora, jadi tak perlu la banyak-banyak blog...

Si Manis Nasuha, adalah nama blog baru Nora... nak tau macam mana nora dapat nama ni??? Nama Nasuha di ambil dari nama puteri nora, Nur Aina Nasuha sempena kelahiran dia yang membawa seribu rahmat.... bukan kata anak lain tak beri rahmat ye... tapi sejak dari mengandungkan Nasuha, bermula la minat nak menjaga orkid, minat nak jahit manik dan bila dia dah besar dan suka makan kuih muih, nora suka pulak buat Dessert. 

'Si Manis' membawa maksud gambar-gambar kenangan manis dari 3 hobi dan anak Nora.. hehehe ibu dia pun manis jugakkk.... hisshh tak manis la puji diri sendiri.....

manis tak saya nih??? nora lambat cukur rambut nasuha. dah 6bulan baru cukur.

lasak betul anak ibu nih

berusia 3 bulan

tu dia Nur Aina Nasuha ... Manis tak?? bulan 5 ni genap la umur nasuha 2 tahun. ermmm tak ada gambar terbaru la...


ok... daaaa enjoy my story.... ya...


:: Fenomena Polkadot Melanda ::

Assalamualaikum,

Bersiaran kembali... Ewahhhh sehari sampai 2 n3 ni... banyak yer masa nora... hehehe.. keje hakiki sudah siap.. jadi kita bole la buat keje sampingan.. shhhhhh jangan bising-bising nanti bos marah.. hehehe ("~). Dalam 2 minggu ni banyak yang berlaku.. time lunch kat ofis nora menjahit manik.. balik rumah siapkan tempahan apam polkadot...

Opsssss fenomena polkadot melanda... huhuhu walaupun trend apam polkadot dah lama tapi bukan bagi ofis nora... bukan kerana ofis nora duduk di ceruk rantau... tapi gah di tengah-tengah metropolitan. Mungkin mereka2 ini kurang minat dengan seni masak memasak kottt...( memandai jer aku ni nak gosipp-gosip...(^,^). bila nora try buat bagi kawan-kawan makan, semua teruja dengan rupa bentuk dia yang comel... dan mula la duk tanya macam mana nak order...

Besar vs Kecil

Sesi agihan,bagi zura, kak zah, ofis, sya dan makan sendiri... 

Lepas jer sesi merasa.. mari kite masuk perenggan sesi menempah... hehehe.... ader peminatnye apam polkadot ni. nora perasakan setiap color dengan rasa yang berbeza supaya bila makan kita tak rase bosan dengan rasa yang sama. Intinya pun mengikut tema... hehehe color pink- strawberry fav + jem strawberry. Color biru dan hijau - pandan fav + kaya. Oleh kerana nora buntu dengan color biru tak tau nak letak perasa, nora samakan jer dengan hijau... tapi yang penting customer suka....

tengah sejukan, menunggu utk di packing

Siap di packing, 1 tray 50pcs RM 17


Berminat sila SMS 012-2429923 untuk sebarang pertanyaan. Apam polkadot ni sesuai untuk semua majlis, majlis resepsi perkahwinan, pertunangan, majlis kesyukuran dan lain-lain.

~: Order Yang Pertama :~

Salam bersiaran kembali.... tidak di sangka-sangka jualan kat office membawa kepada pertambahan rezeki.. Alhamdulillah... ari tu tiba-tiba dapat call dari Aini ofis sebelah.. nak order kek tiramisu 50cup, nak buat kenduri bakal baby yg akan lahir.... agak terkedu jugak.. asalnya saje suka-suka berniaga, tak sangka boleh dapat tempahan... bila di congak-congak rasenye sempat buat kot.. yelahhh askar kat umah kan tak tau diam... itu pun kena ambil kira.. maklum la selalu buat 1 adunan tapi kali ni kena buat 2 adunan... takut tak sempat siap.

Pada tarikh yang di nantikan.. hehehe Alhamdulillah.. Tuhan permudahkan jalannya... kedua-dua askar nora tidur awal.. penat gamaknya.. jam 8.30 malam semua masuk tidur... nampak gaya bole la ibu siapkan tempahan...

50 cup sudah siap di makeup


Kek Tiramisu minima order 25cups RM45


Alhamdulillah kek ni selamat sampai ke Kampar, Perak. Akak jual ye Aini. Terima Kasih.
Untuk pertanyaan sila SMS 012-2429923